Wednesday, July 28, 2010

ketika hati dah dilukai

Seseorang akan rasa amat sakit hati bila dia di tipu,di pulau oleh kawan2,di tikam belakang,di buang oleh family sendiri dan sebagainya. Hati kita tidak boleh lari dari rasa di sakiti ,menyukai, mencintai, menyayangi, di benci dan sebagainya. Hati yang dah di sakiti amat sukar untuk sembuh.. Begitu juga bila kita dah di tipu memang sukar untuk kita nak percayai sesuatu pekara dan melibatkan rasa sakit di hati. Sebagai contoh bila kita dah di tipu kita susah untuk pulihkan rasa sakit hati itu, apatah lagi kalau orang dah buat macam2 pada kita yang melibatkan hati seseorang akan menyebabkan orang itu tidak akan memaafkan kita dan kita akan menjadi susah jika kemaafan itu tidak di terima. Susah kalau kita tidak mendapat kemaafan dari orang yang kita da buat salah sebab kita tidak tahu adakah orang itu sudah maafkan kita @ belum..Hati yang dah di lukai banyak kali amat perit rasanya..Kita hidup hanya sementara apa yang orang buat pada kita akan di beri ganjaran nya seperti mana dia buat pada kita, macam orang putih cakap “ What You Give You Get Back @ What Goes Around Comes Around “. Kita hidup ini biarlah ikhlas dan jujur, jangan lah berpura2, menipu dan sebagainya. Bila kita dah buat sesuatu yang menyakitkan hati orang kita akan mendapat balasan nya 2 kali ganda dari apa kita buat pada orang itu. Begitu juga dalam percintaan @ perkahwinan, kita perlu ada sikap 3K iaitu Keikhlasan, Kejujuran & Kesetiaan, kalau tak ada 3 ini memang sampai bila2 lah kita tidak akan kecapi kebahagian dalam sesebuah perhubungan. Kita akan rasa takut, kita akan rasa serba tak kena sebab kita tengah menipu, semua benda tak kena. Manusia akan rasa senang dan tidak rasa disakiti bila kita jujur dan berterus terang apa yang berlaku pada diri kita sebenar. Kalau kita terus berlakon dalam kehidupan kita macam2 masalah akan timbul. Jika kita pernah sukakan pada orang itu, kita berterus terang dari kita seksa hati kita & seksa hati orang lain. Jangan TIDAKKAN pada benda yang benar, cuba berterus terang dan mungkin semua benda akan berakhir walaupun benda itu akan menyakitkan hati seseorang bila dia dapat tahu dari orang lain. Kita hidup ini bagaikan roda, kadang kala kita di atas dan kadang kala kita di bawah, tak semua yang kita rahsiakan akan tetap menjadi rahsia kerana satu hari nanti semua itu akan terbongkar. ALLAH MAHA ESA dan ALLAH MAHA MENGETAHUI, DIA akan menolong orang yang di aniaya dan teraniaya. Sorok dan simpan lah macam mana pun rahsia dan penipuan itu kalau benda itu salah ia tetap akan di ketahui satu hari nanti, itu yang akan menyebabkan hati akan di sakiti sesangat. Hati yang sakit boleh membawa padah kekadang. Hati orang yang disakiti lagi perit di rasai. Dalam perhubungan kawan juga kita perlu menghormati satu sama lain, tolong dalam keadaan susah dan senang, tidak menjatuhkan kawan sendiri pada orang lain. Kalau kita seorang kawan yang baik kita akan mengetahui baik dan buruk kawan kita, kita terima dia seadanya, tolong tatkala kawan kita tengah susah mahupun senang itu baru di namakan SAHABAT, bukan kita cari kawan yang tikam dari belakang, bersama untuk time senang..itu bukan sahabat tapi itu musuh. Kita walaupun dah berkawan selama 10 tahun kita masih perlu hormat satu sama lain bukan kutuk satu sama lain. Dengan berkawan selama 10 tahun lah kita harus sanjung sesama sendiri dan bukannya menjatuhkan kawan kita. Walaupun kita rasa kawan kita itu tak pernah ambil hati dengan apa yang kita cakap kan tapi dalam hati dia pernah kita ambil tahu?Pernah kita tahu dia senang ke tak dengan gurauan kita?. Seorang kawan yang baik dia mesti memahami hati dan perasaan kawan kita sendiri. Itu pun sudah menyakitkan hati orang. Dan bila kita dah berkawan bila kawan kita jumpa kawan lain untuk dijadikan sahabat kita tidak perlu beri amaran pada orang yang baru kawan kita nak kenal tu tentang diri kawan kita itu, walaupun kita tahu dia jahat @ apa2 pun kita tak perlu beri amaran pada orang baru itu. Kita dalam berkawan perlu siasat apa yang benar dan apa yang tak benar baru kita boleh buat sesuatu kesimpulan tentang diri seseorang. Jangan lah sesekali kita serkap jarang tanpa usul periksa dan terus memberi amaran pada orang yang baru kawan kita nak mengenali, itu akan menyebabkan kawan kita rasa sakit hati dan jauh hati pada kita.

No comments:

Post a Comment